Khidmat kepada ahli
KASBI menjalankan segala khidmat dan fungsi sebagai sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar, termasuk sesi rundingan, khidmat nasihat dan latihan.
KASBI mewakili ahli dalam rundingan dengan pihak pengurusan Bank Islam Malaysia Berhad. Sebagai kesatuan berdaftar, KASBI berupaya berunding secara kolektif bagi pihak kakitangan Gred G1 – G3.
- Terma dan syarat perkhidmatan
- Kebajikan dan faedah kakitangan
- Persekitaran dan keselamatan tempat kerja
- Isu perhubungan perusahaan yang menyentuh ahli
Ahli boleh merujuk kepada KASBI untuk mendapatkan panduan mengenai hak sebagai pekerja dan tatacara yang betul apabila berhadapan dengan sesuatu isu di tempat kerja.
- Hak dan tanggungjawab pekerja
- Prosedur dalaman dan tatatertib
- Sokongan semasa proses siasatan atau perbincangan dengan pihak pengurusan
- Rujukan kepada pihak berkaitan apabila perlu
KASBI menganjurkan program latihan dan pendidikan kesatuan supaya ahli memahami peranan kesatuan sekerja dan dilengkapi dengan pengetahuan yang relevan.
- Pendidikan asas kesatuan sekerja
- Kesedaran undang-undang perhubungan perusahaan
- Program pembangunan diri dan kepimpinan untuk ahli
Di samping tiga khidmat utama di atas, KASBI menjalankan segala fungsi yang dibenarkan kepada sebuah kesatuan sekerja berdaftar di Malaysia, termasuk menjaga kebajikan ahli dan menjadi wakil rasmi kakitangan dalam urusan yang berkaitan.
Ada persoalan tentang hak anda?
Hubungi KASBI. Kami akan membalas dan menasihati ahli dengan sewajarnya.